KHABAR

BERITA

Kemaskini Pembinaan Masjid Klebang Putra (5 Mac – 14 April 2025)

Alhamdulillah, sepanjang tempoh dari 5 Mac hingga 14 April 2025, pembinaan Masjid Klebang Putra telah mencatatkan perkembangan yang sangat memberangsangkan. Segala usaha yang dilaksanakan berjalan dengan baik mengikut perancangan dan jadual yang telah ditetapkan.

Dalam tempoh ini, kerja-kerja pembinaan tiang utama telah berjaya disiapkan sepenuhnya. Ini merupakan salah satu fasa penting dalam struktur bangunan kerana ia menjadi asas utama kepada keseluruhan kestabilan dan kekuatan masjid.

Seterusnya, proses pemasangan roof beam atau palang bumbung turut dimulakan dan kini sedang dijalankan secara berperingkat. Pemasangan ini membentuk rangka awal kepada struktur bumbung masjid, menandakan permulaan kepada fasa pembinaan bumbung yang lebih kompleks.

Pada masa yang sama, kerja-kerja brickwork atau pemasangan dinding bata telah pun bermula dan kini sedang giat dijalankan di beberapa bahagian utama bangunan. Struktur dinding yang mula kelihatan ini memberi gambaran awal kepada bentuk fizikal masjid yang sedang terbina.

Kami bersyukur atas segala kemudahan yang Allah kurniakan dalam pelaksanaan projek ini, serta berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dari segi dana, masa dan tenaga. Doakan agar proses pembinaan ini terus dipermudahkan dan dapat disempurnakan mengikut perancangan, insya-Allah.

Share berita ini moga lebih ramai menyumbang bagi menyiapkan masjid :)
masjid klebang putra chemor perak new logo
Masjid Klebang Putra dibina di kawasan strategik yang bakal memberi impak besar kepada penduduk sekitar, khasnya penduduk Taman Klebang Putra. Pembinaan masjid yang bermula pada Feb 2024 dan di jangka siap pada Jun 2025 ini menelan belanja sebanyak RM4 juta. Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan dana bagi merealisasikan pembinaan masjid ini.