KHABAR

BERITA

Penutupan Kutipan Dana

Pengumuman Rasmi Penutupan Kutipan Dana Pembinaan Masjid Klebang Putra
Tarikh Bersejarah: 22 Oktober 2025

Alhamdulillāh… dengan penuh rasa syukur dan linangan air mata kegembiraan, kami mengumumkan bahawa kutipan dana pembinaan Masjid Klebang Putra kini secara rasminya ditutup.

Tanggal 22 Oktober 2025 menjadi detik bersejarah buat seluruh warga kariah, penyumbang, dan pendukung perjuangan ini. Selepas 5 tahun akaun dibuka dan 1 tahun 8 bulan kerja pembinaan dijalankan, akhirnya segala usaha, doa dan pengorbanan ini membuahkan hasil yang tidak ternilai.

Perjalanan ini bukan mudah. Ia penuh ujian dan air mata. Ada saat kami hampir berputus asa, ada waktu sumbangan perlahan dan dana seakan mustahil mencukupi. Namun Allah Maha Mengetahui setiap langkah perjuangan ini. Sedikit demi sedikit, dari satu tangan ke satu tangan, dari satu keluarga ke satu keluarga, infak demi infak mengalir demi membina rumah Allah ini.

Hari ini, dengan izin-Nya, semua itu menjadi nyata. Masjid yang dahulu hanya pelan di atas kertas kini tegak berdiri megah di bumi Klebang Putra, menjadi lambang kesatuan, keikhlasan dan kekuatan ummah. Setiap batu, setiap tiang, setiap mozek yang terpahat di sini adalah saksi kasih sayang umat Islam yang tidak pernah mengenal lelah.

Kami, pihak Media dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Klebang Putra, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang — sama ada dengan harta, tenaga, idea atau doa. Semoga Allah membalas dengan ganjaran syurga dan menjadikan setiap sen yang diinfakkan sebagai cahaya di alam akhirat nanti.

Walaupun kutipan dana kini ditutup, perjuangan ini tidak berakhir di sini. Selepas masjid siap berdiri nanti, misi kita diteruskan — menghidupkan masjid ini dengan ilmu, amal dan ukhwah.

Teruslah bersama kami dalam fasa baharu ini: dari membina masjid, kepada membina jiwa.

Terima Kasih Semua.

Share berita ini moga lebih ramai menyumbang bagi menyiapkan masjid :)
masjid klebang putra chemor perak new logo
Masjid Klebang Putra dibina di kawasan strategik yang bakal memberi impak besar kepada penduduk sekitar, khasnya penduduk Taman Klebang Putra. Pembinaan masjid yang bermula pada Feb 2024 dan di jangka siap pada Jun 2025 ini menelan belanja sebanyak RM4 juta. Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan dana bagi merealisasikan pembinaan masjid ini.